Publikasi View

Repository

Politeknik Manufaktur Bandung

adalah layanan digital yang mengumpulkan, merawat, dan mendistribusikan materi digital. Repositori adalah alat penting untuk melestarikan warisan organisasi, memfasilitasi pelestarian digital dan komunikasi ilmiah.


Kajian Penggunaan Multimeter Terhadap Kompetensi Pelajar Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Merlimau

Ainun Azniza ; A.Z Rosmawati ; J. Aizura A.B

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan Multimeter terhadap kompetensi pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Politeknik Merlimau Melaka (PMM). Kompetensi pelajar diukur dari aspek keupayaan pengetahuan, kemahiran penggunaan multimeter dan kesediaan perubahan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan sampel seramai 200 orang responden. Antara tinjauan tahap penggunaan Multimeter yang dikaji adalah dari segi tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap kesediaan perubahan. Set borang soal selidik yang terbahagi kepada empat bahagian digunakan untuk menjalankan kajian ini. Kesemua Data yang diperolehi dilakukan dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 37 item untuk memperolehi data kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis secara manual untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan bagi setiap maklumbalas responden terhadap item-item yang diberi. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan item yang tertinggi ialah B9 (Asas penggunaan multimeter perlu diterapkan kepada pelajar sem 1) iaitu sebanyak 85%. Manakala dari segi kemahiran penggunaan multimeter ialah sebanyak 72% hanyalah kemahiran asas sahaja. Kesediaan perubahan terhadap inovasi ialah sebanyak 85%. Kajian ini diharapkan dapat memberi maanfaat kepada pensyarah menggunakan kaedah pengajaran yang efektif, dan mudah difahami oleh pelajar dalam pengajaran penggunaan multimeter. Selain daripada itu menarik minat pelajar untuk mempelajari multimeter dengan lebih terperinci. Namun begitu, beberapa cadangan berguna juga telah dikemukakan untuk pihak politeknik dan juga penyelidikan di masa yang akan datang.


Full Text

PDF