Publikasi View

Repository

Politeknik Manufaktur Bandung

adalah layanan digital yang mengumpulkan, merawat, dan mendistribusikan materi digital. Repositori adalah alat penting untuk melestarikan warisan organisasi, memfasilitasi pelestarian digital dan komunikasi ilmiah.


Kajian Prestasi Mata Alat Karbida Bersalut Semasa Melarik Keluli Aisi H13 Menggunakan Bendalir Pemotong

Azlan Shah Bin Kamaruddin ; Noor Azlan Bin Ngasman ; Ainul Azniza Binti Ahmad Zaini

Abstract

Pemesinan adalah proses pembuatan yang paling penting dan menjadi sebahagian besar infrastruktur dunia pembuatan pada masa kini. Untuk itu, kajian pemesinan menggunakan mata alat karbida bersalut TiN digunakan untuk pemotongan keluli AISI H13 menggunakan kaedah larik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jangka hayat mata alat karbida bersalut, kemasan permukaan yang dimesin dan haus mata alat karbida bersalut yang digunakan. Rekabentuk eksperimen kaedah Taguchi ortogon L9 digunakan untuk tujuan menjalankan eksperimen. Nisbah S/N dan analisis Pareto ANOVA digunakan untuk menganalisis kesan keputusan hayat mata alat dan haus mata alat terhadap parameter-parameter pemesinan. Parameter pemesinan yang digunakan adalah laju pemotongan 200m/min, 275m/min dan 360 m/min. Kadar suapan 0.1 mm/pus, 0.15 mm/pus dan 0.2 mm/pus. Dalam pemotongan 1 mm, 1.5 mm dan 2 mm. Keputusan menunjukkan bahawa laju pemotongan, kadar suapan dan ukur dalam pemotongan memberi kesan yang besar dalam menentukan jangka hayat mata alat pemotong dengan sumbangan masing –masing sebanyak 39.09%, 26.08%, dan 26.08%. Jangka hayat mata alat pemotong yang paling optimum didapati pada laju pemotongan yang rendah(v=200 m/min), kadar suapan yang rendah (f=0.1 mm/pus) dan dalam pemotongan yang rendah (d=1 mm).


Full Text

PDF