Publikasi View

Repository

Politeknik Manufaktur Bandung

adalah layanan digital yang mengumpulkan, merawat, dan mendistribusikan materi digital. Repositori adalah alat penting untuk melestarikan warisan organisasi, memfasilitasi pelestarian digital dan komunikasi ilmiah.


Kajian Faktor-Faktor Yang Memberi Kesan Proses EDM Terhadap AISI H13

Mohamad Shahril Bin Ibrahim ; Mohamad Halim Bin Ibrahim ; Ruslan Bin Abdul Jalil

Abstract

Mesin elektrik nyahcas atau lebih dikenali sebagai EDM ialah satu alternatif baru dalam proses pemesinan dan pemotongan bahan. Teknologi EDM melibatkan perbezaan potensi cas elektrod dalam konduktor bendalir yang seterusnya menyahcas dan menghasilkan daya tenaga elektrik untuk memotong bahan kerja. Dewasa ini, EDM telah diperluaskan penggunaannya dalam industri untuk menghasilkan sesuatu produk disebabkan ketepatan simetri hasil produk, pantas, efisyen dan banyak lagi kelebihannya. Menyedari hakikat ini, satu kajian mengenai EDM telah dirangka untuk menyelongkar dan memastikan parameter yang sesuai digunakan dalam EDM untuk memotong bahan. Realitinya, pemilihan parameter yang tidak sesuai akan mengakibatkan kesan tidak diingini seperti jangka masa proses yang perlahan, mutu pengeluaran yang tidak bagus serta mengurangkan ketepatan dan kualiti produk. Projek ini berobjektifkan untuk melihat kesan dan pengaruh karekter utama pemesinan iaitu kemasan permukaan (Ra), kadar pemotongan bahan (MRR), nisbah hakisan elektrod (TWR) dan lebih potong (Over Cut) dalam menentukan parameter yang sesuai untuk pemotongan unsur logam. Projek ini dilaksanakan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Taguchi. Tatasusun eksperimen ortogon L9 analisis pareto ANOVA digunakan untuk menganalisa kesan ke atas parameter yang berbeza. Julat parameter pemesinan yang digunakan adalah arus puncak (1.5A, 2A dan 3A), selang masa on (8μs, 10 μs dan 15 μs) dan selang masa off (2μs, 4 μs dan 6 μs) . Dalam analisis yang dijalankan didapati bahawa arus puncak (Ip) mempunyai pengaruh tertinggi bagi kesan terhadap kemasan permukaan, kadar pembuangan bahan dan haus elektrod iaitu Ra (82.01%), MRR (48.9%) dan TWR (85.64%). Manakala bagi lebih potong (overcut) pula selang masa on paling memberi kesan pengaruh yang tertinggi iaitu 80.64%. Nilai MRR yang tinggi diharapkan bagi produktiviti yang lebih baik. Sebaliknya, semakin rendah nilai TWR pula meningkat mutu kerja bahan yang dimesin.


Full Text

PDF